Peraturan
Peraturan Network / Network Policy
Terbahagi kepada 4,
i. Network
ii.IRCOP
iii.Community
iv.Users.
i.Network
Beberapa polisi dan peraturan kepada network. Di bawah dibahagikan kepada beberapa perenggan.
Perenggan 1. Nama bagi Network:
1. Setiap link server diwajibkan menggunakan nama yg ditetapkan iaitu *.Com/Net/Tk/Org/Ca/My.* mewakili kepada nama yang telah dipilih oleh Network
Admin link tersebut dan dengan persetujuan Master Network.
Perenggan 2. Hub Network :
1 Hub bagi menghubungkan semua link telah ditetapkan kepada LepakNet.Com.
2 Link yang lain tidak dibenarkan sama sekali untuk menjadi hub kepada link server yang lain mahupun link baru. Pengecualian akan diberikan
sekiranya mendapat kebenaran Master Network.
Perenggan 3. Host bagi IRCOP
1 Host telah ditetapkan kepada beberapa nama berdasarkan kepada status IRCOP tersebut.
Network Admin - NetAdmin.LepakNet.Com
Server Admin - Admin.LepakNet.Com
Services Adm - Services.LepakNet.Com
Co Admin - CSOP.LepakNet.Com
Global - Staff.LepakNet.Com
Local - Helper.LepakNet.Com
Perenggan 4. IRCD & Services
1 IRCD server yang digunakan ialah UnrealIRCD.
2 Services akan menggunakan Anope dan NeoStats.
3 Link tidak dibenarkan menyediakan services sendiri tanpa pengetahuan Master LepakNet.Com
4 Modules yang hendak digunakan di dalam IRCD hendaklah tidak mengganggu keseluruhan rangkaian.
Perenggan 5. Staff
1 Bagi Link yang baru menyertai *.Com/Net/Tk/Org/Ca/My.* dikehendaki membawa bersama sekurang-kurangnya 5 orang staff yang mempunyai
akses IRCOP.
2 Bagi setiap link dibenarkan mempunyai 2 NetAdmin, 5 Admin, 3 Services, 5 CO-Admin, 10 Global dan 10 Helper.
ii. IRCOP
Perenggan 1. Tugas-tugas IRCOP.
1. Tugas-tugas IRCOP merupakan tugas sukerela. Oleh yang demikian, tiada syarat yang menetapkan bagi seseorang IRCOP untuk waktu masa
bertugas.
2. Walau bagaimanapun NetAdmin berhak untuk menggugurkan akses IRCOP bagi staff mereka.
3. IRCOP mempunyai tanggung jawab terhadap Network dan Link mereka bergantung pada status mereka dan akses yang diberikan oleh
NetAdmin mereka.
4. Akses services hanya akan ditetapkan oleh pihak Master.
5. NetAdmin akan dibenarkan memegang flags Aa - Zz.
6. Setiap IRCOP dibawah link tidak dibenarkan mempunyai flags v. Ia hanya dibenarkan kepada NetAdmin sahaja.
Perenggan 2. Hubungan di antara IRCOP dengan IRCOP yang lain dan dengan Users.
1. Tidak dibenarkan menggunakan arahan-arahan di dalam services atau IRCD bagi menyusahkan user ataupun IRCOP yang lain.
2. Setiap IRCOP dilarang menggunakan akses IRCOP untuk kepentingan dirinya di Channel.
3. Semua IRCOP hendaklah menggunakan bahasa dan perkataan yang sopan dan baik agar tidak menyakitkan hati user lain.
4. Penggunaan terhadap Gline Kline Zline dan Shun hanya dibenarkan kepada pengancam rangkaian. Selain itu arahan akill dibenarkan
dengan sebab yang sama.
Perenggan 3. Status IRCOP.
1. Bagi user baru, tempoh percubaan IRCOP akan diberikan dengan status Helper. Setelah difikirkan layak untuk memegang akses Staff, maka
NetAdmin dibenarkan menaikkan akses mereka secara berperingkat - peringkat.
2. Status di Services - Admin berhak memberikan akses Oper kepada staff yang difikirkan layak. Bagi akses Admin, hanya Master yang akan menentukan
siapa yang layak memegang akses tersebut.
3. Akses Admin tidak semestinya mempunyai status NetAdmin, Admin, Services ataupun CSOP. Ini bermakna sesiapa sahaja IRCOP boleh
mendapat akses Admin sekiranya difikirkan perlu oleh Master LepakNet.
4. Staff dilarang sama sekali untuk meminta kenaikkan akses mereka di dalam services mahupun link mereka. Ianya akan diberikan tanpa perlu
didesak/dipaksa.
5. Apabila seseorang menggunakan akses IRCOP, mereka hendaklah menggunakan nick IRCOP mereka. Penggunaan tambahan [away] atau
sebagainya dihujung nick dibenarkan untuk tujuan memberitahu user status online IRCOP tersebut.
Perenggan 4. Penggunaan Command.
1. Penggunaan SuperAdmin oleh admin dibenarkan seandainya memerlukan kuasa yang lebih bagi mengatasi masalah seperti serangan flooder taupun
Drones. Di dalam keadaan biasa, penggunaannya adalah dibataskan.
2. GetPass hanya boleh digunakan oleh Master Network. Bagi staff lain penggunaan /msg nickserv set password adalah dibenarkan bagi tujuan membantu
users yang kehilangan password nick. Manakala bagi /msg chanserv set <#Channel> password bagi tujuan membantu usersyang kehilangan password
channel mereka.
3. IRCOP dilarang menggunakan command - command yang dikhaskan kepada Founder Channel seperti /msg chanserv Sop <#Channel> Add kecuali
mereka mempunyai akses di dalam channel tersebut.
4. Bagi penggunaan /msg chanserv Owner <#Channel> dibenarkan seandainya berlaku sesuatu yang tidak diingini. Bagi keadaan biasa, ianya dilarang
sama sekali penggunaannya.
iii. Community
Perenggan 1. Permohonan menggunakan services dan network
1. Setiap komuniti seperti web dan sebagainya yang ingin menggunakan services dan network LepakNet.Com bagi tujuan komunity mereka
hendaklah memaklumkan kepada Master ataupun Admin yang bertugas.
2. Sekiranya mereka ingin keluar daripada network, perkara yang sama juga hendaklah dilakukan.
3. Peraturan di ChatRoom @ Channel mereka bergantung kepada peraturan komuniti mereka. IRCOP tidak mempunyai apa - apa kuasa di dalam
channel tersebut. IRCOP hanya mempunyai kuasa apabila berlaku sesuatu yang mengancam keselematan dan keharmonian network keseluruhan.
Perenggan 2. Kebenaran diChatRoom @ Channel
1. ChatRoom tersebut hendaklah dibenarkan dikunjungi oleh user lain daripada komuniti mereka kecuali kepada users yang mengganggu keharmonian
channel tersebut.
2. Operator Channel mempunyai kuasa sepenuhnya terhadap Channel @ ChatRoom mereka. Sekiranya terdapat kesalahan yang dilakukan oleh IRCOP,
bolehlah merujuk kepada Admin yang bertugas.
iv. Users
Perenggan 1. Tingkah laku
1. Setiap user dilarang mengganggu ketenteraman user lain.
2. Clones tidak dibenarkan sama sekali kecuali kepada Kafe Siber ataupun sesuatu komuniti.
3. Drones dan serangan kepada network, pihak network tidak teragak-agak untuk memberikan status Kline kepada IP network tersebut.
4. Register nickname - setiap user digalakkan mendaftar nick mereka.
5. Register channel - user digalakkan membuka channel dan mendaftarkan channel mereka sendiri.
Perenggan 2. Cyber War / Peperangan Siber
1. Pihak ICROP berhak memantau channel bagi memastikan tiada berlakunya peperangan siber.
2. Peperangan siber dilarang sama sekali di dalam network ini.
Perenggan 3.Channel, MP3, XDCC, Kuiz
1. Channel bagi MP3, XDCC dan Kuiz dibenarkan di dalam network ini.
Perenggan 5. Bot/PsyBnc/BNC/Eggdrop
1. Network ini membenarkan penggunaan Bot/PsyBnc/BNC/Eggdrop.
2. Bot-bot ini mestilah tidak mengganggu keselamatan dan mempunyai tujuan yang baik.
Master Network LepakNet.Com
HakMilik © oleh . Qserv IRC Network Community HakMilik Terpelihara.